Polis Nafi ‘Curi’ Daging Beku, Buru Individu Sebar Fitnah


Viral di laman sosial beberapa hari lalu, seorang individu mendakwa beberapa anggota polis trafik mengambil daging beku dari sebuah lori yang terbalik dalam nahas di Gua Musang, Kelantan.

Polis Nafi ‘Curi’ Daging Beku, Buru Individu Sebar Fitnah

Bagaimanapun, menurut laporan akhbar tempatan, dakwaan yang digembar-gemburkan dan tersebar di media sosial itu sebenarnya adalah palsu belaka.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Yap Sow Sing berkata, tuduhan dilemparkan kepada anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang itu tidak diselidik terlebih dulu.

Polis Nafi ‘Curi’ Daging Beku, Buru Individu Sebar Fitnah

Polis Nafi ‘Curi’ Daging Beku, Buru Individu Sebar Fitnah

Jelas beliau, pihak pembekal daging beku berkenaan sendiri dengan rela hati memberikan daging itu kepada anggota polis dan beberapa lagi pihak berkuasa yang terlibat sebagai tanda penghormatan dan terima kasih.

“Setelah menerima panggilan kecemasan anggota trafik telah berada di tempat kejadian dalam tempoh masa terdekat dan telah membuat kawalan sehingga waktu tengah hari.

“Sebagai tanda penghormatan dan terima kasih, pihak pembekal dengan rela hatinya telah memberi sumbangan untuk pihak yang terlibat termasuklah anggota bomba,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Khamis lalu, sebuah lori yang membawa daging beku terbabas di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Kampung Tanah Puteh.

Kejadian itu menyebabkan berpuluh-puluh kotak berisi daging beku jatuh bertaburan atas jalan.

Susulan fitnah yang tersebar, seorang pegawai trafik berpangkat Inspektor telah membuat laporan di IPD Gua Musang berhubung isu tersebut.

Pihak polis akan mengambil tindakan terhadap individu yang memfitnah anggota polis trafik ‘mencuri’ daging beku dari lori terbalik itu. -mynewshub

Filled Under: